INFAQ PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH
RM 400,000 diperlukan untuk naik taraf pembangunan surau dan asrama!
Bantu kami beri keselesaan terbaik buat anak-anak terpilih ini
Jom dengar apa kata Ustaz Akhil Hayy
1. Sedikit dari anda, besar bagi anak-anak yatim dan fakir miskin di Persatuan Kebajikan Al-Munirah, Perak.
"Tidak akan miskin jika kita berinfaq rezeki kita di jalan Allah. Selagi Allah memberikan kita kesempatan untuk bernafas, belum terlambat untuk memuliakan anak yatim"
2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini", kemudian Beliau mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggangkan keduanya." (HR Bukhari).
Begitu kasihnya Nabi Muhammad SAW terhadap anak yatim dan banyak kemuliaan bagi orang-orang yang menjaga anak yatim dan salah satunya adalah hati akan menjadi tenang dan keperluan kita dipenuhi dan dicukupi dengan rezeki.

3. Justeru, Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Perak ingin membuka peluang kepada tuan puan untuk sama-sama menyertai Program Infaq Projek Pembangunan:
1. Naik taraf Surau
2. Naik taraf Asrama Pelajar Perempuan
Siapa lagi akan bantu anak-anak terpilih ini kalau bukan kita? Peluang terhampar depan mata, pasti akan memberikan keuntungan dunia dan akhirat!

4. Marilah sama-sama kita rebut peluang saham akhirat dengan memperbanyakkan sedekah sebagai tanda kasih, sayang, penghargaan, keprihatinan kita untuk melihat pembinaan surau di rumah anak yatim.
Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab infaq tuan-puan yang dilakukan.

Sijil Pendaftaran Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Malaysia
MAKLUMAT TAMBAHAN:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: 0134444918 - Abdul Hakim - Pengurus Al- Munirah Caw Perak
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.